Khamis, 6 Mac 2014

Saidina Abu Bakar As Syidin mengatakan "Aku dengar Rasulullah bersabda: "Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia kan mendapat laknat dan kemurkaan Allah,laknat Malaikat dan laknat manusia".Usmah bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: Aku berdiri diatas syurga,kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin,dan orang-orang kaya tertahan diluar pintu syurga kerana dihisab.Selain daripada itu ahli Neraka  dan aku telah berdiri diatas pintu neraka,ku lihat kebanyakan orang yang  masuk kedalamnya adalah perempuan.
    Rasulullah bersabda juga:"Aku lihat api neraka,tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana permandangannya yang dasyat di dalam aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah perempuan."Rasulullah ditanya mengapa ya Rasulullah,baginda menjawab: "Perempuan yang mengkufurkan suaminya dan mengkufrkan ihsannya.Jika engkau berbuat baik kepada seberapa banyak kali pun,dia masih belum puas hati dan cukup.
    Demikianlah sabda Rasulullah yang bertujuan memberi pendekatan kepadan kaum wanita,bahawa   mereka adalah golongan yang paling ramai menjadi penghuni neraka.Segalanya ini telah disaksikan sendiri oleh baginda ketika di Isra'kan hingga ke langit.Baginda menangis keazaban yang penyiksaan yang diterima oleh ahli neraka yang kebanyakan kaum perempuan.
    Apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah kepada Saidina  Ali kepada Puterinya Fatimah:"Ada pun perempuan-perempuan yang tergantung rambut itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada yang bukan muhrimnya,perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang munggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.Perempuan yang digantungkan susunya ialah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya dan perempuan yang tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.Perempuan yang makan badanya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-gumpat orang.Perempuan yang gantungkan kakinya ialah perempuan yang yang keluar tanpa izin suaminya.
    Perempuan yang memotong dirinya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada oranng asing,bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh lelaki lain.Perempuan-perempuan yang diikat  kedua belah kakinya dan tangan keatas ubun-ubunnya disuakan ular dan kala jengking kepadanya kerana boleh sembahyang,tetapi tidak mahu mengerjakannaya dan tidak mahu mandi jenabah."
    "Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta.Perempuan yang berupa anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan benci suami,manakala perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya,pada hari kiamat Allah menjadikan lidahnya sepanjang tujuh hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya."
    Perkhabaran-perkhabaran nyata yang telah disebutkan itu telah memberi peringatan kepada kaum wanita islam yang sewajarnya menjadi tauladan bagi mengawal geraklaku agar tidak bertentangan dengan kehendak islam.Sebagai rumusannya dapatlah diperkatakan ada empat golongan wanita yang mnempah tiket untuk ke neraka berdasarkan kepada sabda Rasulullah  S.A.W
1.Perempuan yang celupar mulutnya kepada suaminya dan tidak menjaga diri bila suaminya tiada.
2.Perempuan yang tidak menutup auratnya dari laki-laki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan memperlihatkan kecantikannya untuk memikat kaum lelaki.
3.Perempuan yang memaksa suaminya memberi apa yang tidak mampu olehnya.
4.Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan,minum,tidur dan tidak berbakti kepada Allah,Rasulnya dan suaminya.Maka termasuklah ia kedalam ahli neraka kecuali bertaubat........
    Namun begitu tetap dan khabar gembira untuk wanita ( Mukminat ).Perempuan-perempuan itu dengan mudah masuk ke syurga tanpa sesuatu yang menakutkan hanya dengan mengerjakan empat perkara menurur hadis:Seseorang perempuan apabila mengerjakan sembahyang lima waktu dan berpuasa dibulan ramadhan,memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka,masuklah ia ke dalam syurga mengikut pintu yang dikehendakinya.
    Berikut dari keterangan yang tersebut,ada baiknya jika disertakan juga dengan sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah semoga ianya menjadi panduan dan iktibar yang dalam dijiwa wanita islam.
    Salah seorang dari puteri Rasulullah s.a.w bertanya kepada baginda,siapakah wanita yang paling soleh dan mempunyai sifat-sifat yang diredhai oleh Allah.Jawab baginda,terdapat dihujung kampung dabn baginda memberi keizinan kepada puterinya pergi menemui perempuan tersebut.Esoknya pergilah ia dan setibanya dirumah perempuan tersebut dia memberi  salam dan dijawab oleh perempuan itu,tetapi puteri Rasulullah tidak dijemput naik ke rumah,malahan disuruh pulang.Rupa-rupanya perempuan tersebut belum mendapat keizinan dari suaminya untuk menerima sebarang tetamu.
    Esoknya puteri Rasulullah datang keseorangan barulah ia dijemput dengan penuh adab sopan  dan budi pekerti mulia oleh perempuan tersebut.Dia kemudian meminta maaf diatas tindakannya dua hari yang lalu terhadap puteri Rasulullah dan mereka berbual-bual.Agak lama juga mereka berbual,kemudian perempuan tersebut meminta kebenaran pada puteri Rasulullah untuk ke bilik.Lama juga dia ke bilik,kemudian dia keluar dengan pakaian yang seksi dengan rambut diurus baik dan cantik dibiarkan terbuka tanpa ditutup.Puteri Rasulullah sungguh terperanjat,apakah ini yang dikatakan oleh ayahandanya seorang wanita yang soleh?Lalu perempuan itu menuju ke dapur tanpa bercakap-cakap lagi.Puteri Rasulullah memerhati dengan penuh kehairanan.
Perempuan tadinya yang tertutup seluruh tubuhnya kini bertukat keadaan sebaliknya.Tak lama kemudian perempuan itu keluar dengan membawa sebatang rotan dan duduk di tepi pintu ( tetapi tidak nampak jika dilihat dari luar ).
Kemudia perempuan itu bangun kearah depan pintu dan berdiri sambil kainnya sedikit demi sedikit naik sehinggan kebahagian peha.Puteri Rasulullah bertambah bimbang.Perempuan itu kemudiannya mengorak seukir senyuman buat seorang tetamu yang baru sampai .Rupa-rupanya   tetamu yang baru sampai itu adalah suaminya yang baru pulang dari kerja.Air yang disediakan,adalah untuk suaminya yang sedang dahaga,manakala rotan yang disediakan adalah untuk mendendanya seandainya dia membuat kesalahan.
    Puteri Rasulullah menceritakan segala yang berlaku kepada ayahandanya.Kata baginda itulah contoh perempuan yang soleh,ikhlas,taat dan patuh kepada suaminya dan hanya mempamirkan dan menghiaskan diri hanya untuk suami sendiri dan buaknnya untuk orang lain
.

Selasa, 4 Mac 2014

Pemimpin Kaum Muslimin

Dalam sejarah kaum muslimin sehingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri daripada 5 orang khalifah dari khulafaur raasyidin, 14 khalifah dari dinasti Umayyah, 18 khalifah dari dinasti ‘Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Dari sini pusat pemerintahan dipindahkan ke kairo, yang dilanjutkan oleh 18 orang khalifah. Setelah itu khalifah berpindah kepada Bani Utsman. Dari Bani ini terdapat 30 orang khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para khulafaur rasyidin dibandingkan dengan yang lain. Walaupun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-’Aziz, Harun al-rasyid, Sultan ‘Abdul Majid, serta khalifah-khalifah yang masyhur dikenal dalam sejarah.
Adapun nama-nama para khalifah pada masa khulafaur Rasyidin sebagai berikut:
1.Abu Bakar ash-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M)
2.’Umar bin khaththab ra (tahun 13-23 H/634-644 M)
3.’Utsman bin ‘Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M)
4.Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M)
5.Al-Hasan bin Ali ra (tahun 40 H/661 M)
Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung selama lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu’awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:
1.Mu’awiyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)
2.Yazid bin Mu’awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)
3.Mu’awiyah bin Yazid (tahun 64-68 H/683-684 M)
4.Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)
5.’Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-68 H/685-705 M)
6.Walid bin ‘Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)
7.Sulaiman bin ‘Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)
8.’Umar bin ‘Abdul ‘Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)
9.Yazid bin ‘Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724 M)
10.Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)
11.Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)
12.Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)
13.Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)
14.Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)
Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu’awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:
I. Dari Bani ‘Abbas 1.Abul ‘Abbas al-Safaah (tahun 133-137 H/750-754 M)
2.Abu Ja’far al-Mansyur (tahun 137-159 H/754-775 M)
3.Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)
4.Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)
5.Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786-809 M)
6.Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)
7.Al-Ma’mun (tahun 198-217 H/813-833 M)
8.Al-Mu’tashim Billah (tahun 218-228 H/833-842 M)
9.Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)
10.Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)
11.Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)
12.Al-Musta’in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)
13.Al-Mu’taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)
14.Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)
15.Al-Mu’tamad ‘Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)
16.Al-Mu’tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)
17.Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)
18.Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)
II. Dari Bani Buwaih 19.Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934 M)
20.Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)
21.Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)
22.Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)
23.Al-Muthi’ Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)
24.Al-Thai’i Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)
25.Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)
26.Al-Qa’im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)
III. dari Bani Saljuk
27. Al Mu’tadi Biamrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)
28. Al Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)
29. Al Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)
30. Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)
31. Al Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160)
32. Al Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)
33. Al Mustadhi’u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)
34. An Naashir Liddiinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)
35. Adh Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)
36. al Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)
37. Al Mu’tashim Billah ( tahun 640-656 H/1242-1258 M)
Setelah itu kaum muslimin hidup selama 3,5 tahun tanpa seorang khalifah pun. Ini terjadi karena serangan orang-orang Tartar ke negeri-negeri Islam dan pusat kekhalifahan di Baghdad. Namun demikian, kaum muslimin di Mesir, pada masa dinasti Mamaluk tidak tinggal diam, dan berusaha mengembalikan kembali kekhilafahan. kemudian mereka membai’at Al Muntashir dari Bani Abbas. Ia adalah putra Khalifah al-Abbas al-Dhahir Biamrillah dan saudara laki-laki khalifah Al Mustanshir Billah, paman dari khalifah Al Mu’tashim Billah. Pusat pemerintahan dipindahkan lagi ke Mesir. Khalifah yang diangkat dari mereka ada 18 orang yaitu :
1. Al Mustanshir billah II (taun 660-661 H/1261-1262 M)
2. Al Haakim Biamrillah I ( tahun 661-701 H/1262-1302 M)
3. Al Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)
4. Al Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1354 M)
5. Al Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)
6. al Mu’tadlid Billah I (tahun 753-763 H/1354-1364 M)
7. Al Mutawakkil ‘Alallah I (tahun 763-785 H/1363-1386 M)
8. Al Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)
9. Al Mu’tashim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)
10. Al Mutawakkil ‘Alallah II (tahun 791-808 H/1392-14-9 M)
11. Al Musta’in Billah (tahun 808-815 H/ 1409-1426 M)
12. Al Mu’tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416-1446 M)
13. Al Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)
14. Al Qa’im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)
15. Al Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)
16. Al Mutawakkil ‘Alallah (tahun 884-893 H/1485-1494 M)
17. al Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)
18. Al Mutawakkil ‘Alallah OV (tahun 914-918 H/1515-1517 M)
Ketika daulah Islamiyah Bani Saljuk berakhir di anatolia, Kemudian muncul kekuasaan yang berasal dari Bani Utsman dengan pemimpinnya “Utsman bin Arthagherl sebagai khalifah pertama Bani Utsman, dan berakhir pada masa khalifah Bayazid II (918 H/1500 M) yang diganti oleh putranya Sultan Salim I. Kemuadian khalifah dinasti Abbasiyyah, yakni Al Mutawakkil “alallah diganti oleh Sultan Salim. Ia berhasil menyelamatkan kunci-kunci al-Haramain al-Syarifah. Dari dinasti Utsmaniyah ini telah berkuasa sebanyah 30 orang khalifah, yang berlangsung mulai dari abad keenam belas Masehi. nama-nama mereka adalah sebagai berikut:
1. Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)
2. Sulaiman al-Qanuni (tahun 916-974 H/1520-1566 M)
3. salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)
4. Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)
5. Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)
6. Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)
7. Musthafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)
8. ‘Utsman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)
9. Musthafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)
10. Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)
11. Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)
12. Mohammad IV (1058-1099 H/1648-1687 M)
13. Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691M)
14. Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)
15. Musthafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)
16. Ahmad II (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)
17. Mahmud I (tahun 1143-1168/1730-1754 M)
18. “Utsman IlI (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)
19. Musthafa II (tahun 1171-1187H/1757-1774 M)
20. ‘Abdul Hamid (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)
21. Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)
22. Musthafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)
23. Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)
24. ‘Abdul Majid I (tahun 1255-1277 H/1839-1861 M)
25. “Abdul ‘Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)
26. Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)
27. ‘Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)
28. Muhammad Risyad V (tahun 1328-1339 H/1909-1918 M)
29. Muhammad Wahiddin II (tahun 1338-1340 H/1918-1922 M)
30. ‘Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M)
Sekali lagi terjadi dalam sejarah kaum muslimin, hilangnya kekhalifahan. Sayangnya, kaum muslimin saat ini tidak terpengaruh, bahkan tidak peduli dengan runtuhnya kekhilafahan. Padahal menjaga kekhilafahan tergolong kewajiban yang sangat penting. Dengan lenyapnya institusi kekhilafahan, mengakibatkan goncangnya dunia Islam, dan memicu ketidakstabilan di seluruh negeri Islam. Namun sangat disayangkan, tidak ada (pengaruh) apa pun dalam diri umat, kecuali pada sebahagian kecil saja.
Jika kaum muslimin pada saat terjadinya serangan pasukan Tartar di negeri mereka, mereka sempat hidup selama 3-5 tahun tanpa ada khalifah, maka umat Islam saat ini, telah hidup selama lebih dari 75 tahun tanpa keberadaan seorang khalifah. Seandainya negara-negara Barat tidak menjajah dunia Islam, dan seandainya tidak ada penguasa-penguasa muslim bayaran, seandainya tidak ada pengaruh tsaqafah, peradaban, dan berbagai persepsi kehidupan yang dipaksakan oleh Barat terhadap kaum muslimin, sungguh kembalinya kekhilafahan itu akan jauh lebih mudah. Akan tetapi kehendak Allah berlaku bagi ciptaanNya dan menetapkan umat ini hidup pada masa yang cukup lama.
Umat Islam saat ini hendaknya mulai rindu dengan kehidupan mulia di bawah naungan Daulah Khilafah Islamiyah. Dan Insya Allah Daulah Khilafah itu akan berdiri. Sebagaimana sabda Rasulullah “…kemudian akan tegak Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan manhaj Nabi”. Kami dalam hal ini tidak hanya yakin bahawa kekhilafahan akan tegak, lebih dari itu, kota Rom (sebagai pusat agama Nasrani) dapat ditaklukkan oleh kaum muslimin setelah dikalahkannya Konstantinopel yang sekarang menjadi Istanbul. Begitu pula daratan Eropah, Amerika, dan Rusia akan dikalahkan. Kemudian Daulah Khilafah Islamiyah akan menguasai seluruh dunia setelah berdirinya pusat Daulah Khilafah.

Ahad, 2 Mac 2014

Khulafa Al-Rasyidin


ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum.Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

  • Saidina Abu Bakak, 632-634 M
  • Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
  • Saidina Uthman Affan, 644-656 M
  • Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.

Hassan bin Ali
Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.
Umar bin Abdul Aziz
Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І (Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.
Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan khawarij. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.
Beliau wafat pada tahun 634.

Khalifah Umar al-Khatab

Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 M. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam, seperti menubuhkan pentadbiran baharu di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan pertanian dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Kota Basra dan Kufah juga dibina semasa pemerintahannya.
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.

Khalifah Uthman Affan

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644 M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan angkatan tentera laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali sebagai Mushaf Uthman.
Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.

Khalifah Ali bin Abu Talib

Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan supaya Saidina Ali menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Namun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju menjadi khalifah.
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam, iaitu Perang Jamal ("Perang Unta") antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang ini berjaya dipadamkan oleh Khalifah Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali ke Madinah sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
Saidina Ali wafat pada tahun 661 M akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

  • 632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
  • 633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.
  • 634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
  • 635 M - Penawanan Madain.
  • 636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
  • 637 M - Mesir ditawan.
  • 638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
  • 640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646 M - Kempen menentang Byzantine.
  • 647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
  • 648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  • 657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
  • 659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
  • 661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.